Salam ukhwah !

Hai !Jumpa saya An Nuura disini !terima kasih coz sudi melawat blog saya ! Kisah-kisah di blog An Nuura Iman adalah hasil share dari rakan2 Mutasawwih dan juga akhi Soffiudin dari Brunei ...

AN NUURA IMAN 2




ANDA AKAN JADI WANITA PALING ANGGUN DI DUNIA..


Semua kejadian ..
Bertapa parahnya,
Pasti berhubungan langsung dengan kelapangan..
Dalam waktu yang dekat….


Anda dengan kecantikan yang anda miliki,ternyata lebih cantik daripada matahari.Dengan akhlak anda ,anda lebih harum dari minyak wangi dengan sikap tawadhu’ anda,anda lebih tinggi dari purnama..Dan dengan cinta anda ,anda lebih segar daripada rintik gerimis.Oleh kerana itu,peliharalah kecantikan anda dengan keimanan,keradhaan dengan kepuasan dan kehormatan dengan hijab yang menutup aurat…

            Ketahuilah bahawa perhiasanmu bukanlah emas atau perak,tetapi dua rakaat menjelang subuh, dahagamu di tengah hari kerana puasa ,derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah,air mata taubat,sujud panjang di atas hamparan sejadah ,dan malu kepada Allah kerana terdorong bisikan nista dan ajakan syaitan…

            Jadikanlah taqwa itu bak pakaian anda ,nescaya anda akan menjadi wanita yang tercantik di dunia meskipun pakaian anda bertampal .Hindarilah perkara perkara yang dilakukan oleh wanita fasiq….yang suka memperlihatkan daya tariknya untuk memikat lawan jenis dan menjadikan tubuhnya sebagai komiditi kaum lelaki tanpa mengendahkan norma norma susila ,kerana sesungguhnya mereka adalah bahan bakar neraka jahanam…


Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

Tiada yang memasukinya kecuali orang yang celaka”.(Surah Al-Lail : ayat 15)