Salam ukhwah !

Hai !Jumpa saya An Nuura disini !terima kasih coz sudi melawat blog saya ! Kisah-kisah di blog An Nuura Iman adalah hasil share dari rakan2 Mutasawwih dan juga akhi Soffiudin dari Brunei ...

Syurga ? Neraka ?

Pilihlah SYURGA atau NERAKA ?
Kun Fayakun !.
Maka jadilah syurga dan neraka,
Allah memerintahkan malaikat Jibrail melawat syurga...
Selepas melawat syurga,Jibrail berkata :
"Ya Allah demi kemuliaan-Mu,
barangsiapa mengetahuinya pasti mereka akan berusaha dan akan berlumba-lumba
untuk mendapatkan syurgamu dengan segala kelazatan,kesenangan,kegembiraan...
kemewahan dan beraneka rupa nikmat yang tersedia di dalamnya! "


Kemudian Allah menyelubungi syurga itu dengan pelbagai syarat..
supaya manusia menjauhi segala larangannya...
mengerjakan segala perintahnya..
puasa,jihad,haji,sedekah,zikir..
amal kebajikan...
taat kepada ibubapa,berbuat baik sesama manusia...
juga makhluk lain seperti binatang.
Barangsiapa memenuhi syarat..
mengikut segala perintahnya dan menjauhi segala larangannya,mereka layak memasuki syurga tersebut...
Lantas Allah memerintahkan sekali lagi Jibrail melihat syurga.
selepas kembali dari syurga,Jibrail berkata :
"Ya Allah,kinni aku khuatir tiada sesiapapun dapat memasuki syurga-Mu!"


Allah turut memerintahkan Jibrail melawat neraka jahanam dan melihat pelbagai azab..
seksaan dan penderitaan yang disediakan untuk penghuninya...
Jibrail lantas berkata :
"Ya Allah,demi kekuasaan-Mu,barangsiapa yang mendengar segala seksaan yang amat dasyat itu..
pasti tiada sesiapa pun berani menghampirinya!"
Lalu Allah menyelubungi neraka itu dengan pelbagai rupa kejahatan yang melanggar segala larangan Allah 
seperti berzina,meliwat,meminum arak..berjudi,membuat kezaliman,membunuh ,menipu..
mencuri dan pelbagai macam kemaksiatan kepada Allah.
sekali lagi malaikat Jibrail melihat mereka...
Jibrail berkata :
"Ya Allah,aku khuatir tiada seorang pun yang terselamat daripada seksaan api neraka-Mu !"